Photobucket

CLICK AND HEAR IT ~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, October 24, 2010

FT Island - So Today

Japan single album . Hear it ~

http://www.youtube.com/watch?v=69ML7olePL4&feature=player_embedded#!

P/S : Sorry sebab tak dapat nak letak video dekat sini , Google Chrome nie mengong sikit lahh . HAHA

Taec Yeon !

Lakonan 'Beast Idol' Mendapat Kepujian

>>Adakah Moon Geun Young (Cinderella's Sister)seorang peminat 2PM ?
Taec Yeon: Geun Young cakap dia paling suka Jun Gu dikalangan 2PM , sakit hati betul bila saya mendengarnyaa ~ Tapi , Geun Young betul2 menghairankan saya sebab saya tak sangka dia erti semua lagu 2PM

>>Adakah awak seorang yg bersikap naif terhadap cinta ?
Taec Yeon: Hakikatnyaa , saya bukan seorang ' Bad Boy' saya hanya sedikit lurus dalam cinta .Namun begitu saya berlainan dengan watak Han Jung Woo ( Cinderella's Sister) . Bagi saya , Jung Woo betul2 terlalu naif ni . Dah 10 tahun dia suka Eun Jo . tapi sayangnyaa , dia tak berani meluahkan perasaan cintanya kepada Eun Jo . Sekiranyaa saya ni betul2 Jung Woo , saya mesti akan emngambil insiatif utk meluahkan cinta kepada Eun Jo .

>>Apakah pendapat awak tentang penampilan awak dalam drama (Cinderella's Sister) ?
Taec Yeon: Saya sengaja menggunting rambut Bangs dan berpakaian kolot demi menonjolkan perwatakn Jong Woo yg naif dalam drama. Pada awalnyaa , saya ingat boleh muncul di hadapan Eun Jo dengan penampilan handsome , manatahu . Tapi tak apalah , sebab saya kena menyesuaikan diri dengan latar nelakang Jung Woo juga . Jika boleh , saya berharap , saya boleh berpakain handsome sikit lain kali semasa berlakon .

>> Apakah pendapat awak , terhadap Moon Geun Young , sekiranya dia teman wanita awakk ?
Taec Yeon: Saya amat suka Geun Young ~ dia amat berkarisma . Saya rasa Geun Young seorang senior yg baik sebab dia betul2 menjaga saya dengan baik sepanjang penggambaran

Sumber Utama : Epop Malay

Nichkhun !

2PM Bagai Keluarga ?
Hottest Penting Sekali Dalam Hidup !

>>Adakah awak jarang bercakap atas sebab tak pandai bahasa korea ?
Nichkhun: Betul nie ! Sebenarnyaa saya seorang yg lucu dan talkative . Tapi , saya amat bimbang tersalah cakap , dalam bhsa korea , oleh tu saya pilih utk mendiamkan diri daripada bercakap . demi meningkatkan tahap penguasaan bhsa korea , saya nak menjadi lebih talkative mulai sekarang

>>Bagaimana dengan imej awak dalam hati peminat perempuan
Nichkhun: Hottest (gelaran fans 2PM) suka menggelar saya 'Angel' ataupun 'Prince' . walaupun saya tak kisah mereka menggelar saya mcam tuh , tapi sebenarnyaa saya tak sempurna seperti yg dijangkakan . hakikatnya , saya juga selalu naik marah dan melakukan kesilapan ! Bila Hottest menggelar saya 'Angel' ataupun 'Prince' , saya rasa amat tertekan sebab saya juga seorang yg biasa. Sekiranyaa Hottest memahami saya dengan mendalam , tentu mereka akan kecewa

>>Apakah yg diwakili fans dalam hati awak ?
Nichkhun: Tanpa Hottest , saya tak mampu hidup ! Saya betul2 memerlukan Hottest seumpama manusia yg memerlukan oksigen .

>>Apakah yg awak ingin buat sekiranya tak terikat dengan kerja
Nichkhun: Saya nak tidur ! Selain tidur , saya juga nak menikmati bnyk makanan sedap . saya juga ingin pergi ke pantai bersama keluarga . saya juga berharap dapat melancong ke negara lain di smping mempelajari budaya negara lain .

Sumber Utama : Epop Malay

Kim Hee Chul

Rela Dikawal Oleh Teman Wanita ?

>>Dikalangan ahli Suju , siapa yg memiliki tubuh yg tegap ?
Hee Chul: Si Won ! Memandangkan Suju mempunyai seorang ahli yg badanya tegap , sayapun ada alasan utk menolak melakukan latihan tubuh . biarpun saya berusaha utk melatih tubuh , saya tetap tmpak tak menonjol ni . Oleh tu , kan bagus je bagi saya terus mengekalkan tubuh yg kurus ?

>> Adakah awak mengambil masa yg pnjang utk bergaul dengan orang ?
Hee Chul: Boleh laa begitu juga , saya tak bnyak memiliki kawan rapat selain Lee Hong Gi (FT ISLAND) dan Mithra (Epik High)

>> Apakah jenis gadis idaman awak ?
Hee Chul: Emm , saya suka gadis yg elegen , prihatin dan pndai menjaga orang . Oleh kerana , saya seorang yg berperangai gila2 . saya perlukan seorang teman wanita yg mampu mengawal saya . Selain itu , saya juga berharap teman wanita saya seorang yg penyabar , umur sememangyaa bukan mslah bagi saya . tapi kebelakangan nie saya amat tertarik dengan junior yg comel~

Sumber Utama: Epop Malay

FT ISLAND

Kami Debut Secara Rasmi Di Jepun

>>Apakah perkara yg paling meninggalkan kenangan kepada FT ISLAND semasa menjalankan aktiviti promosi di Jepun ?
Jae Jin: Emm , persembahan live kami yg pertama di Jepun . pada masa itu , kami pertama kali menjalankan aktiviti promosi di Jepun .Kami amat bimbang dan rungsing tentang penilaian orang lain terhadap kami sebab Jepun pun ada banyak kumpulan muzik yg cemerlang.
Min Hwan: Tempoh merakamkan lagu di Jepun paling meninggalkan kenangan kepada saya . Dalam tempoh itu , kami berjaya mencapai kemajuan yg mendadak dalam bidang nyanyian .

>> Selepas debut , apakah perangcangan FT ISLAND yg seterusnya ?
Hong Gi: Mengadakan sebuah konsert yg dipenuhi Primadonna di Tokyo Dome !
Jong Hoon: Pentingnya bagi kami utk menjalankan aktiviti muzik di Jepun . Selain bekerja , saya juga berharap mempelajari pengetahuan mengenai Jepun seperti kebudayaan dan kehidupan masyarakat Jepun .
Seung Hyun: Saya nak buat banyak perkara ni~
Jae Jin: Alangkah bagusnyaa jika saya boleh menemui seorang teman wanita . HAHA
Min Hwan: Saya ingin bersukan dengan ahli~

>>Apakah kata yg awak ingin berkata kepada Primadonna ?
Jong Hoon : Sila bnyak memberi perhatian kepada hasil karya FTISLAND !
Jae Jin: Tanpa kata2 , kami akan membuktikan usaha kami kepada Primadonna yg selama ini menaruh harapan tinggi terhadap FTISLAND ! Percayailahh kami , kami mesti akan berusaha mengambangkan muzik kami ke lebih bnyak tempat juga suapaya lebih ramai orang mendengar muzik kami . Selain itu , saya juga akan bersungguh sungguh supaya tidak mengecewakan Primadonna
Min Hwan: Selepas debut , ramai Primadonna tentu rasa sepi je sebab FT ISLAND bukan lagi kumpulan muzik bawah tanah ! walaubagaimanapun , kami berjanji kepada Primadonna , FT ISLAND akan kekal menjadi sebuah kumpulan muzik yg dekat dihati Primadonna !
Seung Hyun: Kami berlima akan berusaha menampilkan personaliti dan gaya masin2 sementara mempersembahkan karisma FTISLAND !

Sumber Utama : Epop Malay

Park Shin Hye

Ingin Menjadi Seorang Polis ?

>>Boleh cerita sikit tentang personaliti awak semasa kecil ?
Park Shin Hye: Semasa kecil , saya suka menangis . Tak kira menghadapi apa jua perkara , saya memang suka menangis tanpa sebarang sebab. dengan berlalunya masa , barulah saya menyedari tak bagus untuk menangis setiap masa . Sejak itu , setiap kali saya sedih ataupun runsing , saya pun akan menulis perkara yg merungsingkan dia atas kertas. dengan ini , hati saya pun akan tenang

>>Apakah impian awak semasa kecil ?
Park Shin Hye: Semasa kecil , rumah saya diceroboh oleh pencuri , pencuri itu telah mencuri wang sebanyak sejuta won (RM 3000) dari dompet omma (ibu). pada masa itu , saya betul amat marah ! dalam diam , saya bertekad dalam hati , saya nak menjadi seorang polis bila saya menjadi dewasa kelak ! Dengan ini , saya akan menangkap semua pencuri didunia !

>>Apakah jenis lelaki idaman awak ?
Park Shin Hye: Saya suka jenis lelaki yg berpakaian kasual dan bersikap aktif . pada masa yg sama , lelaki itu juga hendaklah seorang yg bersikap cermat dalam melakukan sebarang perkara. walaupun , kebanyakkan gadis suka lelaki yg semata2 tampak tabah dari segi luaran . cuba bayangkan betapa menarik lelaki itu sekiranya dia seorang yg sanggup mengorbankan diri secara diam diam .

Sumber Utama: Epop Malay

Saturday, October 23, 2010

BIG BANG Is Back !

Tae Yang ingin bercinta dengan Dae Sung ?
Seung Ri paling pandai berlagak ?

>>Apakah kerjaya yang awak ingin mencerburi sejak tadika ?
G-Dragon: Sejak saya dilahirkan , saya dah ingin menjadi seorang penyanyi ^_^
T.O.P: Pelakon ~ Saya baru mula menyentuh bidang muzik semasa belajar di sekolah rendah .
TaeYang: Walaupun saya suka menyanyi , tapi saya tak jangka saya akan menyanyi seorang penyanyi
Dae Sung : Paderi , sebab saya seorang penganut Kristian
Seung Ri : Pelayih koreografi ataupun penari 

>>Sekiranya awak seorang gadis , awak ingin bercinta dengan ahli yang mana ?
G-Dragon: Saya sendiri , tentulah saya sendiri~
T.O.P: Saya ingin bercinta dengan semua ahli sebab mereka memilik karisma tersendiri
Tae Yang: Dae Sung ! Kami berkongsi bilik semasa di Jepun , dia seorang pendengar yg baik
Dae Sung: Saya rasa Seung Ri juga~
Seung Ri: G-Dragon , dia berkarisma sekali HAHA

>>Sekiranya teman wanita awak melamar awak , awak berharap dia menggunakan cara yg mcam mana ?
G-Dragon: Sepatutnyaa lelaki yg menyamar , tapi bukan perempuan
T.O.P : Saya berharap teman wanita melamar saya di sebuah tempat yg sunyi tanpa ada sesiapa di sekeliling
Tae Yang: (Emm,)
Dae Sung: Melamar dengan suara kuat di Han River ^_^
Seung Ri: Dah cukuplah asalkan dia kata ' Saranghaeyo ' kepada saya

>>Pada pedapat awak , siapakah ahli yg paling pandai berlagak semasa melamar wanita ?
G-Dragon: Seung Ri ! Haha , rasanya dia akan bercakap kosong dulu sebelum masuk topik utama
T.O.P: Seung Ri ! biarpun dia tak membuka mulutnya , saya tetap rasa dia berlagk pandai, hehe !
Tae Yang: T.O.P ! saya rasa dia akan melamar dengan memakai dialog seperti dalam filem . haha
Dae Sung: saya rasa Seung Ri juga !
Seung Ri: Agaknyaa G-Dragon! G-Dragon kelihatan pandai melamar teman wanita , rasanyaa dia akan membuat pertimbangan yg teliti terhadap proses lamaran.

>>Apakah karisma terbesar awak ?
G-Dragon: Kedut dahi? hehe !
T.O.P: Mata
Tae Yang: Gaya rambut(senyum)
Dae Sung: Muka senyum
Seung Ri: Gigi taring

>>Semasa mandi , awak akan mencuci bahagian yg mana dulu ?
G-Dragon,Tae Yang&& Seung Ri : Muka~
T.O.P: Mandi separuh
Dae Sung: Rambut

>>Apakah syarat2 yg perlu ada pada isteri idaman awak ?
G-Dragon: Bertanggungjawab dan rajin berusaha semasa bekerja
T.O.P: Sesuai dan juga memahami saya
Tae Yang: Saya tak pernah terfikir tentang ini ( senyum)
Dae Sung: Pandai memasak
Seung Ri: Wanita yg priharin menunggu saya balik rumah selepas siap memasak

>>Siapakah yg paling romantik ?
T.O.P : Kami semua romantik , Namun , wlaupun persahabatan kami amat baik , tapi kami bukan teman perempuan masing2 . maka tidak pasti juga . Ha ha ! Saya rasa , mungkin ialah Dae Sung . Dae Sung pernah khas nyanyikan sebuah lagu untukku semasa majlis hari jadi yg dianjurkan oleh members lain . Jantungku pun berdebar dengan cepat bila mendengarnyaa

>>Apakah hadiah yg paling susah diterima ?
G-Dragon: Saya pernah terima pistol palsu di airport . tapi masa itu saya tak perasan apa yg terletak dalam bungkusan itu . akhirnya saya ditahan okeh kastam !
T.O.P: Saya pernah terima seluar dalam dengan rekaan hidung gajah , tu memang menyusahkan orang (senyum )

>>Siapakah yg akan kelihatan berbeza sekali bila berhadapan dengan fans perempuan ?
Seung Ri : Saya lahh ! bila berdiri di depan fans . tensionku akan menjadi tinggi . sebab saya dah besar menjadi seorang lelaki yg sejati.
T.O.P: Tapi setiap kali awak akan terlampau High sehingga terlupa lirikmu ! HAHA , Seung Ri biasanyaa tidak bnyak bercakap bila berdepan dengan lelaki . Tapi mulutnyaa bertukar menjadi manis bila berdepan dengan perempuan !
G-Dragon: Dia akan panggil 'Omni Omni' dengan suara manjanyaa . HAHA

>>Apakah yg anda akn lakukan pada masa lapang ?
T.O.P: Bersenam atau membeli belah~
G-Dragon: Tidur
Tae Yang: Jika masa mencukupi , saya akn tidur selama 12 jam ~
Dae Sung: Saya akan membaca novel, terutama novel romantik
Seung Ri: Pergi main bowling atau bersenam

>>Jenis gadis yg disukai ?
T.O.P: Gadis yg boleh menerima saya~
G-Dragon: Gadis yg berkarisma & saya boleh mempelajari darinya
Tae Yang: Gadis yg mulia
Dae Sung: Gadis yg bersenyuman manis
Seung Ri: Gadis yg comel

Sumber Utama : Epop Malay ^-^